Kunci tombol yang biasa kita gunakan pada rumah2 kini sebenarnya boleh dibuka tanpa menggunakan sebarang kunci pendua. Kerana rekabentuk kunci tombol itu menjadikannya agak senang untuk dibuka . Jika anda kehilangan anak kunci rumah yang menggunakan system tombol ini, tak perlu upah tukang kunci untuk datang membuka pintu rumah anda. Ini kerana upah memanggilnya adalah lebih mahal berbanding beli baru kunci tombol itu. Bagaimana? Teruskan membaca.
Kenapa saya lebih suka pintu utama rumah depan dan belakang dipasangkan dengan kunci jenis deadbolt? Rekabentuk kenci deadbolt ini agak sukar untuk penceroboh melakukan pecah masuk rumah tanpa menggunakan kunci pendua. Berbanding dgn kunci tombol yang sedikit mudah untuk dibuka tanpa sebarang kunci sekalipun.
Bagaimana dengan kunci grill rumah kita pula? Grill kebiasaannya menggunakan jenis kunci yang bernombor pada anak kuncinya. Anak kunci ini tidak perlu menggunakan mesin duplicate untuk membuatnya. Cukup hanya memberitahu kedai kunci apa nombor yg tertera pada anak kunci tersebut dan tuan kedai itu akan terus beri kunci itu tanpa perlu potong sana sini.
Jadi disini saya tunjukkan bagaimana untuk membuka dan memasang kunci tombol dirumah kita secara do it yourself (DIY). Selepas anda faham bagaimana cara buka dan pasang kunci tombol itu, maka anda akan boleh bayangkan bagaimana orang boleh pecah masuk rumah anda tanpa perlu kunci pendua.
No comments: