sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Channel

Business

My Story

Technology

DIY

Agamaku

Picture Of the day

» » Terputus wang ditengah jalan, berat ujian ini.

Terpegi awal ke masjid untuk menunaikan solat asar di kampong tengah disini. Sesampai dimasjid tersebut, kelihatan seorang sahabat yang tidak dikenali dan asing disini sedang merenung jauh keluar jendela masjid. Kelihatan wajahnya yang sugul seperti memikirkan sesuatu yang agak sukar untuk dileraikan. Dikanannya kelihatan anak lelaki duduk diam menemani ayahnya yang sudah 'jauh' melayang fikirannya entah kemana


Aku menyapa sahabat tersebut bertanya khabar tentangnya. 'Saya orang penang bang, datang dari melaka nak jumpa kawan disini yang tolong saya jualkan kereta saya yang ada di depan masjid ini'. cerita sahabat itu bila aku mulakan pertanyaan.

'Dah jumpa ke kawan yang nak jualkan kereta tersebut'. Tanya aku lagi.

'Dari pagi saya tunggu dia disini tapi sampai lani tak muncul-muncul orang tu'. Jawabnya.
'Saya kerja diMelaka, dan dah 5 bulan company tak bayar gaji saya'.
 Perih mukanya menceritakan kepayahan yang ditangunggnya sekarang. 

Rupanya sahabat ini tidak mempunyai ibu dan ayah dan tiada sanak saudara yang boleh dihubungi. Dia dibesarkan dirumah kebajikkan di Penang sana dan ingin pulang semula ke tempat asalnya setelah jauh dia dan anak isterinya merantau mencari wang untuk menyara kehidupan yang seadanya. Dia cuma memerlukan sedikit wang untuk dia memulakan kehidupannya di Penang nanti.

'Kerana tulah saya hendak jual kereta saya itu, dengan duit tu saya boleh beli tiket bas dan pulang semula kepenang'. Ceritanya dengan penuh kedukaan.

'Kawan yang nak jumpa saya disini tu memang kenal lama dah, dan saya bukan nak minta duit dia pun, cuma mohon dia tolong jualkan kereta saya ini dan dapat saya mulakan hidup baru disana nanti'.

'Isteri saya dengan anak2 ada di bilik solat wanita sana tu, dia pun pening macamana nak buat sekarang ini'. Ceritanya dengan penuh makna.

Aku yang sekadar mendengar ceritanya terasa amat simpati kerana aku juga seperti dia juga sekarang. Aku amat memahami masalah yang dia hadapi dan terkadang rasa putus harapan memikirkan ujian yang diberi olehNya. 


'Tak taulah bang, rasa macam nak 'terjun' jer bila fikir macamni'. Ceritanya lagi.

Anaknya hanya diam membisu mendengar kami berdua berborak mengenai masalah ayahnya.  Apa yang mampu seorang anak sekecil itu untuk membantu ayahnya yang dalam kesusahan. Dan aku pasti analk-anaknya itu tidak dapat bersekolah dengan selesa disebabkan pekerjaan ayahnya yang tidak menentu.


'Terputus bekalan/wang ditengah jalan boleh memohon zakat dari pusat zakat bang, tapi hari ini cuti depavali pulak, semua pusat zakat tutup hari ni'. Jelas aku padanya jika dia berhajat untuk mengadu masalahnya kepusat zakat.

Aku rasa seperti hendak mengadu masalah dia ini ke pihak masjid tempat dia berteduh ini. Dalam hati aku, sepatutnya pihak masjid kena keluarkan sedikit bajet untuk kes-kes terdesak sebegini. Setiap minggu dipapan kenyataan masjid dilembah kelang dipenuhi dengan jumlah kutipan wang ditabung-tabung masjid. Bukan seribu dua yang terpampang didinding papan kenyataan itu, malah terkadang mencecah puluhan ribu yang berjaya dikutip dalam seminggu hasil sumbangan orang ramai yang datang kemasjid-masjid itu.
'Abang tak nak cuba tanya pihak masjid kot2 boleh tolong abang dalam hal ni?'. Aku cuba memberikan dia idea dalam hal dia itu.
'Saya segan bang, saya bukan datang nak minta duit, saya nak jual kereta dan ambik duit buat bekalan nak balik penang jer'. Jawab dia sambil menggosok kepala yang agak pening itu.
Itulah antara masalah berkenaan dengan pengurusan masjid dinegara kita ini. Mereka ada bujet untuk membayar ustaz-ustaz yang datang mengajar dimasjid mereka. Terkadang membayar sehingga ribuan ringgit untuk sesi 1 ke 2 jam sahaja yang mana kewajipan menyampaikan ilmu itu terletak dibahu para mualim dan bukan mengharapkan balasan dari kedatangan mereka kemasjid tempat mereka mengajar.

Akan tetapi mereka yakni pihak masjid langsung tiada bajet untuk kebajikkan jemaah setempat mahupun musafir yang memerlukan pertolongan. Antara alasan biasa pihak masjid bila ada seseorang datang memohon pertolongan ketika terdesak adalah ini adalah sendikit penipuan ni. Sikit-sikit sendikit penipuan, menipu dengan meraih simpati dan macam-macam lagi yang sentiasa bermain dihati pihak pengurusan masjid diMalaysia ini. Seolah mereka ini membuat kerja Tuhan dengan sesuka hati menafsirkan setiap kedatangan orang yang susah kemasjid mereka.

Duit yang ada didalam tabung-tabung masjid itu adalah duit wakaf dari jemaah yang sudi menyumbang harta mereka untuk perkembangan islam setempat. BUkannya duit itu hak milik pengurusan masjid tersebut untuk mencatu-catu bajet yang ada.

Ustaz yang sering mengajar dimasjid itu sering berkata dengan bersandarkan hadith itu dan ini berkenaan dengan hikmah bersedekah ini. Seolah menceritakan bahawa kita semua wajib memperbanyakan sedeqah demi berkongsi kesusahan bersama dengan orang-orang yang susah.

Suatu hari tu aku pernah melihat seorang ustaz yang sering bercertia berkenaan dengan zakat dan sedeqah ini didatangi seorang anak memohon sumbangan sekadar keperluan ketika itu. Aku lihat ustaz itu langsung tidak melayan permintaan anak tersebut malah memandang dengan pandangan yang sinis pada anak tersebut. Mungkin didalam hatinya berkata ini pasti sendikit mengemis menggunakan anak2 untuk mengaut keuntungan.

Rasulullah saw tidak pernah bertanya kepada yang meminta sedeqah padanya adakah awak betul-betul susah atau awak ini juga ada sendikit yang mengajar supaya meminta sedeqah sebegini. Hinggakan Baginda saw kehabisan harta yang ada semata-mata untuk menunaikan hajat orang yang meminta. Tapi bab ini para mualim sukar untuk lakukan walaupun sering bercerita berkenaan dengan hikmah bersedekah.
Dulu ada ditepi ni bekalan beras , gula, makanan ringan, minuman , kopi dan sebagainya diletakkan dirak tepi tu'.
Tunjukkan aku pada sahabat itu pada arah dinding masjid dimana rak itu terletak.
'Tapi sejak sebulan dua ni, dah tak der apa yang disajikan disitu lagi, mungkin pihak masjid takut ada sendikit yang mengambil makanan tersebut'. sambung aku lagi.
Buat sahabat-sahabat yang sering diuji oleh Nya dengan kepayahan dan kesusahan dalam harta mahupun wang, bersabarlah. Sesungguhnya tidak semua yang Allah pilih untuk terima ujian berat ini. Aku sudah lama meniti titian ujian berat ini dan terkadang juga rasa seperti ingin membuat sesuatu yang diluar dari jangkaan.

Tapi bila fikir-fikirkan, ianya tidak menyelesaikan apa-apa masalah buat diri kita, malah menambah lagi masalah buat zuriat yang ditinggalkan nanti. Apa yang perlu kita buat adalah, sabar dan teruskan zikir padaNya. Ujian ini adalah ujian untuk kenaikkan pangkat kita disisiNya. Apa yang perlu dikuatkan adalah HATI. Hanya HATI yang kuat sahaja mampu meniti ujian berat ini dan juga dapat memberi motivasi buat kita menuju kehadapan.

YaAllah, ampunkan dosa-dosa kami
wallahuaklam
www.dadiydoo.com

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply