Pokok betik ini tumbuh secara semulajadi diperkarangan masjid nurul iman kg tengah puchong selangor. Ana rasa ianya ditanam secara main2 jer mungkin dengan niat untuk mengindahkan suasana di halaman masjid.
Ianya tidak dibajai secara berjadual seperti yang kita lihat pada kebun2 buah2an didalam negara kita. Mungkin hanya konsep tanam dan biarkan ia tumbuh. Kalau jadi , jadilah kalau tak nak buat macamana.
Tapi kini pokok itu mengasilkan buah yang amat banyak. Seperti pokok ini dijaga dengan rapi dan diberi baja yang amat tinggi grednya. Hakikatnya pokok betik ini dibiarkan begitu sahaja tanpa jagaan rapi oleh pihak tertentu.
Setelah diselidiki dan bila lihat kebanyakkan pokok2 yang ditanam berdekatan masjid mahupun didalam kawasan masjid, rasanya ada satu persamaan yang boleh dijadikan panduan bagaimana pokok2 ini tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah yang banyak dan segar.
Rupanya ada jenis baja yang sama diseluruh masjid yang disirami pada pokok2 tersebut. Apa baja yang menjadi faktor kesuburan pokok2 tersebut? Mungkin video dibawah ini ada jawapannya.
Mungkin kita boleh apply jenis baja ini dalam sistem tanaman diladang2 mahupun kebun2 buah2an kita insyaAllah
Kalau ada tanah sendiri bersebelahan masjid/surau, adalah lebih baik kita dirikan rumah kita disitu. Setiap hari kita akan dengar Allah memanggil kita kerumahnya. InsyaAllah.
wallahuaklam
md daud yusri fie almelintangi
www.dadiydoo.com
No comments: